Selasa, 06 Desember 2011

15 SEBAB TURUNNYA BALA


15 SEBAB TURUNNYA BALA

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmidzi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana yaitu:
  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) dibagi-bagikan kepada orang-orang yang tertentu saja.
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  5. Apabila anak-anak mendurhakai ibu bapa masing-masing.
  6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takut akan tindakan buruknya.
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
  12. Apabila lelaki memakai sutera.
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat musik.
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu,
Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahwa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpuncak daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar